Mengenai Kami

Teknologi Pembuatan Melaka Sdn. Bhd. (TPMSB) adalah anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Teknologi Pembuatan, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Penubuhan TPMSB adalah dari proses tukar nama Kumpulan Melaka Consultancy Services Sdn. Bhd yang diperbadankan pada 27 Julai 1995 dan ditukar nama kepada Teknologi Pembuatan Melaka Sdn. Bhd. pada 4 Julai 2004

Idea penubuhan TPMSB adalah bagi menyediakan satu meneroka teknologi baru selaras  dengan perubahan teknologi semasa untuk di aplikasikan dan dikomersilkan di  samping memaksimumkan keuntungan dan menggalakka pertumbuhan bilangan usahawan bumiputera. Antara teknologi yang perlu diterokai adalah teknologi –teknologi yang banyak dipelopori oleh usahawan bukan bumiputera.

TPMSB dikendalikan oleh pegawai dan kakitangan yang berpengalaman, berpengetahuan tinggi dan mempunyai tanggungjawab terhadap tugas mereka. Ia bertujuan untuk mencapai visi, misi dan objektif syarikat. Semenjak syarikat ini ditubuhkan, ia banyak memberikan khidmat perundingan yang memuaskan kepada usahawan negeri Melaka di dalam bidang rekabentuk perlabelan dan pembungkusan produk dan perundingan dalam bidang teknologi pembuatan

Syarikat ini juga memberikan perkhidmatan bertepatan dengan polisi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan pembangunan terancang dan seimbang dari segi ekonomi, politik dan sosial selaras dengan visi kerajaan bagi mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020.




VISI KORPORAT

Menjadi pemangkin kepada sector pembuatan dan aplikasi teknologi di dalam Negeri Melaka.

MISI

Menggalakkan penyertaan dan kerjasama sektor kerajaan dan swasta dalam bidang pembuatan, penyelidikan dan rekacipta.

OBJEKTIF

  1. Menganjurkan Pertandingan Rekacipta
  2. Mengkomersilkan Produk Rekacipta
  3. Menghasilkan Produk-Produk yang boleh dikomesilkan
  4. Memberi Khidmat Nasihat Teknikal Kepada  Usahawan dan Pengguna
  5. Menjadikan Syarikat Sebagai Pusat Rujukan Teknologi dan Mesin Oleh Usahawan
  6. Menjadikan TPMSB sebagai pusat setempat untuk pembungkusan, perlabelan dan percetakan
  7. Menambahkan sumber  pendapatan TPMSB melalui aktiviti perundingan kejuruteraan awam/ mekanikal/ Elektrikal